Assalamualaikum....
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
H.R Muslim
-Satu gempa bumi bermaknitud 8.8 pada skala ritcher berlaku di pantai timur Honshu kira-kira pukul 4.00 petang hari ini (JUMAAT) sehingga menyebabkan tsunami setinggi 13 kaki.
-Tsunami Alert for New Zealand, the Philippines, Indonesia, Papua New Guinea, Hawaii, and others. Waves expected over the next few hours, caused by 8.9 earthquake in Japan.
Daripada Abu Hurairah ra, bahawa RasuluLLah SAW telah bersabda (yang bererti ) “Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya adalah hari Jumaat. Pada hari itulah Adam dicipta, pada waktu itu juga ia dimasukkan dalam syurga dan waktu itu juga dia dikeluarkan daripadanya. Hari kiamat tidak akan terjadi kecuali pada hari Jumaat.” (Hadith Riwayat Muslim)
Hmmm...
aku tak pasti la yg korg sedar atau tidak. Tapi bagi aku itu semua tanda2 kiamat. Subhanallah, pejam celik pejam celik kita sebenarnya dah boleh dikatakan berada dalam era AKHIR ZAMAN. Wallahualam....


No comments:
Post a Comment