Monday, March 14, 2011

Late Night Show with ?????????

Assalamualaikum....

AnwarHadi?

Siapa Anwar Hadi?

Anwar Hadi seorang yg kreatif dalam menyampaikan pendapat peribadi beliau. Selalu kalau kite tgk kat lam tenet ni tempat2 untuk orang meluahkan perasaan or rasa tak puas hati mesti dalam FB or Blog. Tapi mamat ni mempunyai kreativiti yang tersendiri iaitu dengan cara merakamkan apa yg beliau ingin katakan dan mengedit serta menokok tambah sound effect and visual secara serba sedikit sehingga menjadi video untuk tontonan umum. Kalau dalam tv tu kire macam Jalan2 Cari Makan , Destinasi Budjet dan macam2 lagi lah. Lu memang chare la bro !! Aku sokong !!!

TETAPI...........pam pa pammmmm....

tadi aku dok sebok layan FB tibe2 je keluar review tentang KAMI BENCI ANWAR HADI....lebih kurang macam tu la kot.....wataheyyyyy ?? Ade ke bantei barut yg haram tak suka bila ader orang wat sesuatu yang kehadapan...pui !!!

Ape kejadah semua ini berlaku ???

Kalau tak suke pon jangan la wat sampai macam tu sekali. Rilek sudahh...
Aku tgk mamat2 lam video yg kutuk Anwar Hadi ni sumer dah bejanggut atas bawah (bawah aku tak tgk , main sebut jer). Jangan ler jadi macam budak2 tadika begaduh rebut coki coki. Apa daaa.

Enough pasal kongkang tu. Back to pemvideo ni ( aku tatau nak panggil ape...pihpihpihpih)

Biler aku tgk balik kat youtube ni ramai gak yang macam Anwar Hadi ni. Ramai giler kot aku tgk lam youtube tu. Antaranye Machaboy dan Matluthfi dan ade la lain2. Bagus2...teroskan usaha anda semua. Kalau boleh buatlah video yang membangun, menasihat, kelakar or dalam erti kata lain, POSITIF okay !! Keep a good work guys !Jangan amik port sangat kritikan yang tak membina tu. Kalau boleh jadi kan semua tu sebagai penaik semanggat korg. Lazut !!

P/s : teringin nak buat macam dorg ni....hehehehehe...tapi maluuuuuuuu dan agak ketinggalan..tapi mahuuuuuuu...

Sunday, March 13, 2011

The Hans - Pendusta








Assalamualaikum....

Kau Pendusta.....tu salah satu lirik dalam lagu Pendusta dendangan band yg tidak asing lagi bagi penggemar gig, The Hans, band yang berasal dari Ipoh Perak. Sebuah band yg unik, lain dari yang lain, easy listener. 

Band ni pon dah lamer tak main gig. Tak tau la plak sebab aku ni pon dah berabad tak pergi gig. Kadang2 je, tu pon kalau band kawan2 main. 

Ingat lagi time zaman kegemilangan gig2 ni, biler band dorg ni main kompem sing along. Best giler. Siap menari 'dance sawan' lagi. Lazut !

Oleh disebabkan itu aku telah membuat satu 'HomeMade' video menunjukkan betapa korang best. Kepada ahli band, (Shafa, Baha, Chor, Elly) teruskan usaha anda membuat lagu2 berkualiti macam ni walau dimana jua kome berada. Kejo Yop Kejo. Lazut !



Saturday, March 12, 2011

Gempa Bumi Pada Hari Jumaat ??





Assalamualaikum....


Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
H.R Muslim


-Satu gempa bumi bermaknitud 8.8 pada skala ritcher berlaku di pantai timur Honshu kira-kira pukul 4.00 petang hari ini (JUMAAT) sehingga menyebabkan tsunami setinggi 13 kaki.



-Tsunami Alert for New Zealand, the Philippines, Indonesia, Papua New Guinea, Hawaii, and others. Waves expected over the next few hours, caused by 8.9 earthquake in Japan.


Daripada Abu Hurairah ra, bahawa RasuluLLah SAW telah bersabda (yang bererti ) “Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya adalah hari Jumaat. Pada hari itulah Adam dicipta, pada waktu itu juga ia dimasukkan dalam syurga dan waktu itu juga dia dikeluarkan daripadanya. Hari kiamat tidak akan terjadi kecuali pada hari Jumaat.” (Hadith Riwayat Muslim)


Hmmm... 
aku tak pasti la yg korg sedar atau tidak. Tapi bagi aku itu semua tanda2 kiamat. Subhanallah, pejam celik pejam celik kita sebenarnya dah boleh dikatakan berada dalam era AKHIR ZAMAN. Wallahualam....







Wednesday, March 9, 2011

Aku Bebas Tanpa Rokok.



Say No To SMOKING !!...Katakan Tak Nak Pada MEROKOK !!


Kalau kita pergi kemana2 pon, kompem kite akan jumpe orang merokok kan. Tak kira la kat tempat awam ker kat tempat tak awam ker...tak kiralah. Baik lelaki mau pon perempuan termasuklah segelintir pondan...hahahaha..Lazut !!


Yang terok nyer la kan, kat kawasan larangan pon dorang redah. Contohnya kat HOSPITAL. Tak pecaya ? Nanti biler senang korang datang Ipoh. Aku bawak pegi tengok port tu..kat belakang tangki air. Macam mana aku tau ????? Hahahahaha....baca bawah ni...Lazut !!


Dulu aku pon boleh dikatakan sebagai perokok tegar jugak la kan. Dalam sejam kalau tak dapat 'bakar lemang' mmg tak sah la. (kawan opis aku panggil merokok tu 'bakar lemang'..ayat cover)
Aku ni ader ler dua tiga orang kawan yg jadi MA dekat Hospital Besar Ipoh tu (skang Hospital Raja Permaisuri Bainun). Jadi ada masa2 tu aku rajin la jugak lepak hospital ni. Mula2 tu haram aku tak tau ader port merokok kat sana. Aku dapat tau biler sorg kawan aku ni ajak pegi merokok. Mula2 aku ingat kat luar la kan. Aku pakai la helmet. Pastu die cakap, "tak payah ler nak pakai helmett, dalam ni jer pon". Tekejut jgk aku tapi aku wat rileks jer. Aku followwww....sampai la port tu. Ya Allah....port memang cantik, jangan kata MA, segala bapak DOKTOR pon boleh kata ader berjemaah bakar lemang. Hahahahaa...Lazut !!


Haih....dunia dunia..........................................cane aku boleh berhenti merokok ????? Camni....


Pada suatu hari, tak silap aku hari Ahad, ader kenduri kawin kawan sekolej ngn aku kat Banting dulu. Orang Sabak Bernam. Sebelum pegi kenduri tu aku dah beli siap2 DUNHILL. Dalam pukol 10am macam tu aku pon gerak la. Aku pegi ngan kawan kolej aku jugak. Dalam perjalanan tu aku terpaksa menahan nafsu merokok aku sebab kawan aku tu perempondan. Eh silap...perempuan. Tak suke bau rokok ni. Kang die dok pok pek pok pek. Sampai je rumah pengantin aku teros makan dulu. Dah 'extravaganza' lapor sangat. Habis jer makan apa laga mau tunggu ?? Sebatang........sebatang........sebatang.......sebatang.....perghh !! Dipendekkan cerita sampai la kemalam keluar nye. Time tu dah balik KL dah. Pegi makan KFC. habis makan semua aku nak merokok la kan. Tak disangka-sangka rokok tinggal sebatang. Tah macam mana pulak aku macam di pukau untuk cakap kat kawan aku satu ayat yang aku sendiri tak percaya. Aku cakap kat die camni, "Wanie, ni adalah rokok aku yg terakhir. Mulai dari saat ni aku berjanji depan mata hang yg aku takkan merokok dah." Pastu die jawab apa tau. " OK ! Kalau hang merokok jugak hang kena langgaq trellar! " Giler !! Tragis betul. Dan2 tu jugak aku suroh die tukar sumpahan. Hahahah...Lazut !


"Kalau hang merokok jugak, hang takkan ada duit untuk kahwin sampai bila2." Ayat ni lah yg membuat kan aku tesentak. tak sangka die cakap macam tu. Aku renungkan dalam masa sepuluh saat dan aku setuju. CHARE !!


So bermula dari tarikh keramat tu aku tidak lagi kenal apa itu rokok. Dan yang paling penting skang ni ialah 'AKU BEBAS TANPA ROKOK'. Tadi petang kawan aku telah jadikan aku sebagai mentor beliau untuk berhenti merokok. Kepada MUHAMMAD AIZAT SAIFUL BAHRI...............GAMBATEI KUDASAI !! YOSH !!


Juga tak lupa pada perokok yang lain, ce cuba try test untuk tidak merokok. Sapa kata tak boleh. Nak ngan Tak Nak jer kan. 


KATAKAN TAK NAK PADA MEROKOK !! LAZUT !!

Tuesday, March 8, 2011

PERHATIAN !!

MAKLUMAT PENTING DARI POLIS :

Mesej penting untuk semua golongan WANITA yang nak pergi ke tempat kerja, sekolah, kolej secara berseorangan. Jika ada terjumpa seorang kanak2 menangis dijalanan dan meminta untuk menghantar ke alamat tertentu atau tempat tinggalnya, TOLONG bawa dia ke BALAI POLIS berhampiran tidak kira walau apa pun terjadi. Jangan sesekali pergi ke alamat tersebut kerana ini adalah TAKTIK terbaru sekumpulan yang ingin merogol, merompak, membunuh dan menculik.

Minta tolong pesan pada saudara, adik, kakak, kawan, mak, makcik, makcik goreng pisang, makcik jual kain, kakak cybercafe, n sumer sumer lah kan. Lazut !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...