Friday, April 8, 2011

Kumpulan mafia bantu mangsa gempa, tsunami ???



YAMAGUCHI-GUMI





TOKYO: Kumpulan mafia Jepun turut membantu ketika negara itu mengalami
saat genting akibat gempa bumi dan tsunami 11 Mac lalu apabila turut
melakukan tugas sivik yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal.

Sehari selepas gempa bumi, Inagawa-kai (kumpulan penjenayah terancang
ketiga terbesar di Jepun yang diasaskan pada 1948) menghantar 25 trak
empat tan dipenuhi lampin pakai buang, mee segera ramen, bateri, lampu
picit, minuman dan keperluan harian ke kawasan Tohoku.

Seorang anggota Sumiyoshi-kai, kumpulan penjenayah kedua terbesar pula
menawarkan perlindungan kepada warga asing.

Yamaguchi-gumi, kumpulan jenayah terbesar Jepun di bawah kepimpinan
Tadashi Irie, juga membuka pejabatnya di seluruh negara kepada orang
awam dan menghantar trak dipenuhi bekalan, namun secara senyap-senyap.

Antara tengah malam 12 Mac dan awal pagi 13 Mac lalu, ahli Inagawa-kai
di sini menghantar 50 tan bekalan ke Dewan Bandaraya Hitachinaka di
daerah Ibaraki.

Bekalan termasuk mee cawan ramen, tauge, lampin pakai buang, teh dan air
minuman. Perjalanan dari bandar ini mengambil masa 12 jam. Anggota
Inagawa-kai di Kanagawa pula menghantar 70 trak ke kawasan Ibaraki dan
Fukushima untuk menghantar bekalan di kawasan paras tinggi radiasi.

Secara keseluruhan, Inagawa-kai menggerakkan lebih 100 tan bekalan ke
rantau Tohoku. Mereka ke kawasan terdedah radiasi tanpa sebarang
perlindungan atau memakan pil potassium iodida.
Anggota Yamaguchi-gumi yang mana penulis temui berkata: "Tolong jangan
kata apa-apa lagi berkenaan apa yang kami lakukan."

Bagi mereka yang tidak begitu mengenali yakuza, ia mungkin mengejutkan
untuk mendengar sifat dermawan mereka, namun ini bukan kali pertama
mereka menunjukkan semangat kemanusiaan.

Pada 1995 selepas gempa bumi Kobe, Yamaguchi-gumi paling aktif
menyalurkan bekalan ke kawasan terjejas.

Mereka mengakui bekalan itu dibayar dengan wang hasil memeras penduduk
di kawasan itu namun tiada siapa mampu nafikan mereka pantas apabila
penduduk memerlukan bantuan.

Mungkin membingungkan bahawa yakuza, yang juga kumpulan penjenayah
terancang, mendapatkan hasil daripada aktiviti haram seperti mengumpul
wang perlindungan, mengugut, memeras dan penipuan, memiliki sifat sivik
semula jadi.

Bagaimanapun, di Jepun sejak selepas perang mereka sentiasa memainkan
peranan penting dalam memastikan keamanan


P/S : JIka di Malaysia berlaku mcm ni la..agak2nya ada tak gengster atau
kongsi gelap atau penjenayah nak tolong? atau pon mereka ambil
kesempatan dgn kesusahan penduduk dgn merompak ke atau pape ke?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...